Mahfuz hampir berputus asa nak datang coaching 1&2 Ogos yang lalu ni.
Top 50 Mary Jardin Agent dipilih beberapa hari sebelum coaching ekslusif untuk kami.
Apabila nama Mahfuz tersenarai antara yang terpilih memang di persimpangan dilema sangat.
Memikirkan flight belum book, hotel belum book dan suami pun tak dapat cuti untuk ikut menemani perjalanan yang jauh ni.
Transport dari hotel ke airport dan ke training centre pun tak pasti macam mana. Dah la tak biasa dengan area Shah Alam.
Dengan keadaan diri yang kurang sihat, batuk tak berhenti.
Serba salah dibuatnya.
Tapi ada satu yang Mahfuz pegang, perjalanan untuk menuntut ilmu takkan pernah merugikan. Bertekad jugak untuk pergi.
Mujur suami izinkan. Mula lah merangka plan. Nak naik apa, tidur di mana dan sebagainya.
Alhamdulillah dipermudahkan.Ramai yang membantu perjalanan Mahfuz. Thankiu!
Tak dapat dibayangkan kalau Mahfuz terus berputus asa. Mahfuz lah orang yang paling rugi sekali. Tersangat rugi!
Tak pernah tahu semudah dan semurah ni nak bukak kedai sendiri.
Tak pernah tahu cara untuk buat bisnes online 24 jam tanpa perlu bersama phone sepanjang masa.
Tak pernah tahu Mahfuz pandai buat website sampai dapat website terbaik di kalangan Top 50 Mary Jardin Agent hihihi.
Perjalanan jauh dan berliku pastinya tidak meletihkan apabila permata baru yang sangat bernilai dibawa pulang bersama.
Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment