Skip to main content

ASTACERA-COL: MARY JARDIN BEAUTY SUPERFOOD


Kecantikan dari dalam adalah apabila kosmetik dan zat makanan bergabung bersama. Minuman collagen Mary Jardin, juga dikenali sebagai AstaCera-Col, mengandungi beberapa bahan hebat untuk merealisasikan kulit impian anda.

AstaCera-Col sendiri adalah gabungan 3 perkataan bahan premium yang dikandunginya iaitu Astaxanthin, Ceramosides dan Collagen. AstaCera-Col adalah minuman kolagen pertama di Malaysia yang mengandungi Ceramosides.

Selain 3 bahan premium ini, AstaCera-Col juga mengandungi Acerola, Vitamin A, Vitamin B (B1, B2, B3, B6, B9, B12), Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E serta 5 jenis buah berries yang sedap dan berkhasiat untuk kulit. 




Khasiat AstaCera-Col Mary Jardin:
  1. Melambatkan tanda penuaan pada kulit
  2. Memulih dan mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit
  3. Melembapkan dan melicinkan kulit
  4. Mengurangkan kedutan pada kulit
  5. Mengatasi masalah jerawat dan parut jerawat
  6. Mengatasi masalah kulit kasar dan kulit kering
  7. Mengurangkan dan menghilangkan  jeragat
  8. Menguatkan akar rambut
  9. Mencantikkan dan menyihatkan kuku
  10. Meningkatkan sistem imunisasi badan


Setiap satu bahan mempunyai khasiat hebatnya yang tersendiri.

1. Ceramosides

Ceramosides adalah sejenis lipid yang wujud secara semulajadi di lapisan kulit kita. Ia berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit, mengurangkan garis kedutan, mengekalkan kelembapan kulit dan sebagai anti penuaan.


Semakin meningkat usia kita, kandungan ceramosides pada kulit semakin berkurangan. Ini menyebabkan kulit kelihatan kering, berkedut dan kendur. Tanda penuaan pula mulai muncul. Ceramosides yang terdapat dalam AstaCera-Col Mary Jardin dapat mengatasi masalah ini. 

AstaCera-Col Mary Jardin adalah collagen drink pertama di Malaysia yang mengandungi Ceramosides. Di negara luar, ceramosides digunakan secara meluas dan telah banyak kajian yang dibuat mengenai Ceramosides.

Ceramosides yang diekstrak dari sumber tumbuhan disahkan selamat oleh Food and Drug Administration (FDA). Ceramosides yang terkandung dalam AstaCera-Col adalah dari sumber tumbuhan (wheat-derived).

2 kajian (human clinical studies) yang dilakukan menunjukkan kesan signifikan ceramosides terhadap kulit hanya dalam masa 15 hari. Ini membuktikan bahawa ceramosides membantu melembapkan kulit, menganjalkan kulit, menghilangkan garis kedutan dan sebagai agen anti penuaan yang eksklusif.



Bibir yang kering dan merekah juga boleh dirawat dengan ceramosides.



Jadi, macam mana? Bersedia untuk cantik dalam masa yang singkat?


2. Astaxanthine

Astaxanthine adalah sejenis antioksida sama seperti Vitamin E dan Vitamin C. Bezanya, kesan antioksidan daripada astaxanthine adalah 500 kali ganda lebih kuat daripada Vitamin E dan 6000 kali ganda lebih kuat daripada Vitamin C


Antioksidan adalah vitamin, mineral atau sejenis nutrisi yang berperanan untuk menjaga dan memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas. Sementara radikal bebas itu adalah disebabkan oleh pencemaran, asap rokok, tindak balas kimia dan corak pemakanan yang tidak sihat.

Astaxanthine membantu untuk mengurangkan dan menghapuskan garis kedutan pada kulit, memperkuatkan sistem daya kulit terhadap sinar UV, memudarkan jeragat, menganjalkan kulit, membaiki struktur kulit yang rosak akibat sinar UV dan sebagai agen antipenuaan. 





3. Collagen

Collagen adalah salah satu protein yang menyusun tubuh manusia. Ianya terdapat pada tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. 80% daripada lapisan kulit dermis (lapisan kulit kedua) terdiri daripada collagen. Tanpa collagen kulit akan kelihatan kendur.



Collagen yang terdapat dalam AstaCera-Col adalah dari jenis collagen terurai. Collagen terurai ini akan memberi signal kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak collagen.

Sumber collagen AstaCera-Col adalah daripada ikan. Berbanding collagen dari sumber haiwan lain atau tumbuhan, collagen daripada ikan adalah yang paling baik dan paling senang diserap.

Collagen yang terdapat dalam AstaCera-Col juga adalah istimewa kerana mempunyai berat molekul kolagen yang amat rendah iaitu hanya 1000 dalton. Ini memudahkan penyerapan untuk berlaku dengan mudah.


Collagen membantu untuk menganjalkan serta menegangkan kulit, mengurangkan garis kedutan serta sebagai agen anti penuaan.



4. Acerola

Antara manfaat Acerola ialah:
  1. Sumber antioksidan
  2. Agen antipenuaan
  3. Meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan
  4. Kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A
  5. Sumber tenaga
  6. Meningkatkan sistem imunisasi badan
  7. Menjaga kesihatan kulit



5. Lima Jenis Berries

Setiap buah berries ini mengandungi khasiat yang baik untuk kulit. Bukan itu sahaja, ia juga memberi rasa sedap pada AstaCera-Col Mary Jardin. Masam-masam berries dan manis-manis buah. Alahai sedapnya.

Manis yang terdapat dalam AstaCera-Col adalah dari sumber semulajadi buah-buahan.





Cara Pengambilan AstaCera-Col:

1. Campurkan serbuk AstaCera-Col ke dalam air kosong
2. Kacau sehingga larut dan terus minum
3. Ambil 1-2 sachet sehari ketika perut kosong. Pastikan perut kosong sekurang-kurangnya 2 jam sebelum pengambilan AstaCera-Col Mary Jardin



Selamat merealisasikan kulit impian anda !




Comments

Popular posts from this blog

FACIAL SOAP MARY JARDIN

Facial Soap Mary Jardin adalah sabun muka homemade yang dibuat dengan teknik cold process. Teknik cold process  membolehkan kandungan gliserin dikekalkan dalam sabun untuk melembapkan kulit. Ia juga diformulasikan dengan oat untuk membantu penyingkiran sel kulit mati secara halus. LUXURY FACIAL SOAP MARY JARDIN Facial Soap Mary Jardin mengandungi 10 bahan yang baik untuk kulit: 1. Minyak Kelapa 2. Minyak Kastor 3. Minyak Kelapa Sawit 4. Minyak Lavender 5. Minyak Zaitun 6. Madu 7. Oat 8. Zink Oksida 9. Susu Kambing 10.Bentonite Clay Khasiat Luxury Facial Soap: Secara keseluruhannya, Facial Soap Mary Jardin bertindak untuk: 1. Membersihkan kulit secara mendalam 2. Menanggalkan sel kulit mati 3. Menggalakkan pertumbuhan sel baru 4. Menghilangkan kulit kusam 5. Melembut dan melembapkan kulit wajah 6. Mengurangkan gejala eczema dan psoriasis 7. Mengawal keseimbangan minyak pada kulit 8. Mengecutkan jerawat 9. Mencuci liang pori 10. Memudarkan paru

DETOX CLAY MASK MARY JARDIN

Detox Clay Mask Mary Jardin adalah salah satu rangkaian produk Mary Jardin. Ia adalah sejenis masker yang menggabungkan 7 bahan semulajadi premium yang baik untuk kulit tanpa sebarang pengawet. DETOX CLAY MASK MARY JARDIN Antara 7 kandungan hebat Detox Clay Mask Mary Jardin ialah: 1. Bentonite Clay 2. ZincOxide  3. French Green Clay  4. Activated Charcoal  5. Lavender Buds  6. Oats  7. Papaya Extracts Detox Clay Mask Mary Jardin membantu mencuci kulit muka secara mendalam dan membantu untuk mengeluarkan segala kotoran yang tersumbat dalam liang pori. Antara khasiat Detox Clay Mask Mary Jardin ialah: 1. Bahan terbaik untuk membantu men‘detox’ atau menyahtoksik kulit muka terutama yang memakai makeup 2. Pembersihan yang mendalam  3. Mencuci liang pori  4. Mengecilkan liang pori  5. Mengurangkan masalah kulit berminyak  6. Menghapuskan whitehead dan blackhead  7. Mencegah dan mengecutkan jerawat  8. Menanggalkan sel kulit mati  9. Mengg

FANTASTIC FACE OIL MARY JARDIN

Fantastic Face Oil Mary Jardin adalah sejenis minyak muka ( face oil)  yang mengandungi 9 jenis minyak yang baik untuk kulit dan 2 jenis vitamin. Baunya yang wangi dan menenangkan membuatkan si pemakai berasa seolah-olah berada di taman lavender. Face Oil Mary Jardin dikenali juga dikenali sebagai The Magic Potion  kerana fungsinya yang pelbagai dan boleh digunakan bukan sahaja di muka, tapi juga di seluruh badan. FANTASTIC FACE OIL MARY JARDIN Antara kandungan Fantastic Face Oil Mary Jardin : 1. Minyak Pati Lavender 2. Minyak Argan 3. Minyak Rosehip 4. Minyak Avokado 5. Minyak Bunga Matahari 6. Minyak Kastor 7. Minyak Jojoba 8. Minyak Tea Tree 9. Minyak SeaBuckthorn 10. VitaminE 11. Vitamin C Antara khasiat Fantastic Face Oil Mary Jardin : 1. Mengawal kelembapan kulit 2. Mengecutkan jerawat 3. Mencuci liang pori 4. Mengecilkan liang pori 5. Mengurangkan dan membersihkan whitehead dan blackhead 6. Penanggal makeup ( Make up remover ) 7. Sebag