Skip to main content

Posts

PERBUALAN DENGAN PAKAR KULIT TERKEMUKA MALAYSIA

  Teringat perbualan dengan seorang Pakar Kulit terkemuka di Malaysia.. . Saya: Doktor, kalau kulit dah sembuh dari jerawat maksudnya jerawat takkan datang lagi kan? Pakar Kulit: Tak semestinya. Jerawat ni sama la macam demam selsema. Lepas amik ubat demam selsema kita akan sembuh, lepas tu kalau terjangkit boleh kena balik. Saya: Ooooo --------------------------------- Maka penjagaan kulit dari segala aspek adalah amat penting untuk elakkan jerawat datang bertapak semula. Skin maintenance la bak kata mat saleh. . Meh nak kongsi 3 tips mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit..  😊 😊 😊 . 1. Minum air kosong 1.5-2.0 Liter sehari 🍶 . 2. Banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C. Kalau susah sgt nak makan buah amik je la supplement Vitamin C. *saya pun amik supplement Vitamin C  😉 . 3. Pastikan muka dicuci bersih hingga ke liang pori setiap hari. Pakai bedak saja pun boleh menyumbatkan pori, apetah lagi makeup. Liang pori tersumbat ad
Recent posts

NAT POKOK GETAH

Pagi Ahad masa untuk bermalasan atas katil sambil update stok atau update blog atau baca buku atau apa-apa yang boleh dibuat dari rumah la hehehe. Tapi hari ni kena keluar awal dari biasa. Sebab baba ajak pi Nat Pokok Getah. Dari semalam baba pesan pukul 7.30 pagi kena keluar dah sebab takut parking habis. Tempat hot kan. Oh ya, nat tu pasar tau. Orang Perlis panggil nat. Kalau hangpa singgah Perlis jangan taktau pulak nat tu apa hehe. Jadi awal pagi lagi kami dah keluar rumah. Pi cari sarapan kat kedai nasi kerabu faveret dulu dan lepas tu terus pi Nat Pokok Getah ni. Orang luar Perlis kalau mai mesti nak singgah sini. Ni antara tempat wajib pi kalau berjalan kat Perlis katanya. Mahfuz pun baru tahu tempat ni femes hehehe. Eh ada ke orang Perlis yang belum pernah sampai sini?

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Hujung minggu sebenarnya hari yang sangat Mahfuz tunggu-tunggu. Sebab apa? Sebab waktu ni la ada lebih masa nak mengemaskini website dan blog serta nak buat kelas untuk team  Kalon . Dan juga masa nak buat hobi yang sangat Mahfuz suka iaitu tenggelam dalam dunia penulis buku sambil minum air coklat panas. Kalau hujan lagi sedap hehe. Dulu masa jadi housemanship Mahfuz cemburu dengan mereka yang kerja waktu pejabat. Housemanship punya waktu kerja dahsyat. Habis kerja malam sambung lagi kerja siang. Alhamdulillah dapat hadapi dan selesaikan housemanship dalam waktu yang ditetapkan. Masa tu walaupun penat tapi rasa seronok sebab ada kawan-kawan yang sangat supportive dan selalu back up. Bersyukur sangat. Sekarang Mahfuz bertugas ikut waktu pejabat. 8 pagi-5 petang. Cuti di hujung minggu serta cuti awam. Seronok sebab ada lebih masa dengan keluarga dan lebih masa untuk buat hobi kegemaran. Tapi lepas 2 tahun kerja waktu pejabat ni, Mahfuz mula rasa yang be

BODY SCRUB MARY JARDIN

Body Scrub Mary Jardin adalah campuran bahan semulajadi yang berfungsi untuk melicinkan, melembutkan, mewangikan dan mencerahkan kulit.  Terdapat 4 lapisan yang dapat dilihat dengan jelas dari luar.  Lapisan pertama terdiri daripada lavender buds dan kelopak bunga mawar. Lavender buds dapat memberi kesan relaksasi pada si pemakai. Terasa bagaikan puteri apabila dapat membelai kulit dengan bunga-bungaan yang wangi dan lembut. Lapisan kedua terdiri daripada sugar scrub yang diselaputi minyak jojoba. Lapisan ketiga adalah susu kambing organik asli dan oat. Susu kambing dapat melembutkan kulit manakala oat pula berfungsi untuk membuang sel kulit mati dengan cara pengelupasan halus. Lapisan yang paling bawah pula terdiri daripada garam himalaya bersama minyak pati lavender dan rose geranium. Sugar scrub dan garam himalaya membantu untuk membuang daki-daki dan sel kulit mati di badan. Selamat mendapatkan kulit yang lembut bak sutera de

AGEN DESTRESS DAN DETOKS

Sepatutnya harini Mahfuz cuti tapi terpaksa masuk kerja sebab doktor tak cukup. Pesakit ramai sungguh harini. Air pun sempat teguk sekali dua je. Balik rumah rasa badan macam letih sangat. Sebenarnya sebab lepas cuti panjang ni, sekali hari pertama kerja pesakit ramai, terkejut semua otot badan dan sel otak hehehe. Balik rumah ja terus cari agen destress, detox, penyejuk hati nurani dan penyedap badan. 1. Peluk cium anak saudara dulu. Agen destress ni. 2. Solat Asar. Yang ni agen destress, penyejuk hati nurani dam penyedap badan. 3. Next, cari Body Scrub yang ada bungaan, pati minyak lavender dan garam himalaya. Penyedap badan sungguh. Rasa segar sikit nak masuk ofis kedua malam ni hehe. 4. Masker yang ada oat, tanah liat, betik dan arang untuk detox kulit muka. Ni rasa macam berada di spa mewah. Luxurious sangat. 5. Video call dengan suami terchenta. Ni agen destress dan penyejuk hati nurani jugak hahaha. Terima kasih founder  MaryJard

JERAWAT BERNANAH KECUT

"Kulit dia memang teruk. Setiap jerawat ada nanah. " Ni antara jawapan yang orang bagi bila ditanya apa masalah kulit adik ni. Sedih dan pedih. Adik ni pun cuba lah nasib dengan   Full Set Mary Jardin . Mana tahu sesuai dan dapat hilangkan jerawat nanah dia tu kan.  Cuba tengok hasilnya lepas sebulan. Aiiii macam tak pernah ada jerawat pun. Apetah lagi nak kata pernah ada jerawat bernanah.  Jerawat bernanah kecut Parut jerawat pudar Kulit makin licin dan sihat Adik ooo adik. Pandai adik pilih skincare. Dahla yang selamat tanpa bahan kimia berbahaya, sangat berkesan pulak tu. Tahniah, dik!  Semoga Mary Jardin terus berkembang mekar memberikan kebaikan ke seluruh alam. 

UMUR 50-AN NAMPAK MACAM 30-AN

Cuba teka berapa umur wanita cantik dalam gambar di bawah? Hihihi.  30 tahun? 40 tahun? 50 tahun? Tak tak tak. Semua salah okay. Wanita dalam gambar ni dulu orang panggil makcik, sekarang boleh panggil kak dahh uii. Akak ni dulu ada guna produk muka yg ada bahan kimia berbahaya yang dah disahkan oleh KKM tak selamat. Tapi akak ni dah berhenti dah guna produk tu. Berhijrah 180 darjah guna Basic Set Mary Jardin pulak. Produk muka dari bahan semulajadi yang dijamin selamat. Akak ni rajin pakai Detox Clay Mask Mary Jardin. Setiap 3-4 hari sekali dan dia bancuh dengan yogurt. Nah hasilnya selepas sebulan menggunakan Basic Set Mary Jardin. Jeragat hilang Kulit licin dan mulus Kulit makin berseri dan tidak kusam Oh ya akak ni umur dia 54 TAHUN yer. Terpaksa panggil akak sebab nampak muda sangat. WOWOWOWW kannnnn.

PARUT CAMPAK HILANG

"Alhamdullilah, ni testimoni anak saya. Kena chicken pox. Saya sapu Face Oil Mary Jardin sekali sehari selama 6 hari." Tengok gambar selepas, parut campak hilang terus. Face Oil Mary Jardin ni digelar sebagai The Magic Potion. Bukan mak je, seisi keluarga pun boleh guna.