Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

NAT POKOK GETAH

Pagi Ahad masa untuk bermalasan atas katil sambil update stok atau update blog atau baca buku atau apa-apa yang boleh dibuat dari rumah la hehehe. Tapi hari ni kena keluar awal dari biasa. Sebab baba ajak pi Nat Pokok Getah. Dari semalam baba pesan pukul 7.30 pagi kena keluar dah sebab takut parking habis. Tempat hot kan. Oh ya, nat tu pasar tau. Orang Perlis panggil nat. Kalau hangpa singgah Perlis jangan taktau pulak nat tu apa hehe. Jadi awal pagi lagi kami dah keluar rumah. Pi cari sarapan kat kedai nasi kerabu faveret dulu dan lepas tu terus pi Nat Pokok Getah ni. Orang luar Perlis kalau mai mesti nak singgah sini. Ni antara tempat wajib pi kalau berjalan kat Perlis katanya. Mahfuz pun baru tahu tempat ni femes hehehe. Eh ada ke orang Perlis yang belum pernah sampai sini?

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Hujung minggu sebenarnya hari yang sangat Mahfuz tunggu-tunggu. Sebab apa? Sebab waktu ni la ada lebih masa nak mengemaskini website dan blog serta nak buat kelas untuk team  Kalon . Dan juga masa nak buat hobi yang sangat Mahfuz suka iaitu tenggelam dalam dunia penulis buku sambil minum air coklat panas. Kalau hujan lagi sedap hehe. Dulu masa jadi housemanship Mahfuz cemburu dengan mereka yang kerja waktu pejabat. Housemanship punya waktu kerja dahsyat. Habis kerja malam sambung lagi kerja siang. Alhamdulillah dapat hadapi dan selesaikan housemanship dalam waktu yang ditetapkan. Masa tu walaupun penat tapi rasa seronok sebab ada kawan-kawan yang sangat supportive dan selalu back up. Bersyukur sangat. Sekarang Mahfuz bertugas ikut waktu pejabat. 8 pagi-5 petang. Cuti di hujung minggu serta cuti awam. Seronok sebab ada lebih masa dengan keluarga dan lebih masa untuk buat hobi kegemaran. Tapi lepas 2 tahun kerja waktu pejabat ni, Mahfuz mula rasa yang be

BODY SCRUB MARY JARDIN

Body Scrub Mary Jardin adalah campuran bahan semulajadi yang berfungsi untuk melicinkan, melembutkan, mewangikan dan mencerahkan kulit.  Terdapat 4 lapisan yang dapat dilihat dengan jelas dari luar.  Lapisan pertama terdiri daripada lavender buds dan kelopak bunga mawar. Lavender buds dapat memberi kesan relaksasi pada si pemakai. Terasa bagaikan puteri apabila dapat membelai kulit dengan bunga-bungaan yang wangi dan lembut. Lapisan kedua terdiri daripada sugar scrub yang diselaputi minyak jojoba. Lapisan ketiga adalah susu kambing organik asli dan oat. Susu kambing dapat melembutkan kulit manakala oat pula berfungsi untuk membuang sel kulit mati dengan cara pengelupasan halus. Lapisan yang paling bawah pula terdiri daripada garam himalaya bersama minyak pati lavender dan rose geranium. Sugar scrub dan garam himalaya membantu untuk membuang daki-daki dan sel kulit mati di badan. Selamat mendapatkan kulit yang lembut bak sutera de

AGEN DESTRESS DAN DETOKS

Sepatutnya harini Mahfuz cuti tapi terpaksa masuk kerja sebab doktor tak cukup. Pesakit ramai sungguh harini. Air pun sempat teguk sekali dua je. Balik rumah rasa badan macam letih sangat. Sebenarnya sebab lepas cuti panjang ni, sekali hari pertama kerja pesakit ramai, terkejut semua otot badan dan sel otak hehehe. Balik rumah ja terus cari agen destress, detox, penyejuk hati nurani dan penyedap badan. 1. Peluk cium anak saudara dulu. Agen destress ni. 2. Solat Asar. Yang ni agen destress, penyejuk hati nurani dam penyedap badan. 3. Next, cari Body Scrub yang ada bungaan, pati minyak lavender dan garam himalaya. Penyedap badan sungguh. Rasa segar sikit nak masuk ofis kedua malam ni hehe. 4. Masker yang ada oat, tanah liat, betik dan arang untuk detox kulit muka. Ni rasa macam berada di spa mewah. Luxurious sangat. 5. Video call dengan suami terchenta. Ni agen destress dan penyejuk hati nurani jugak hahaha. Terima kasih founder  MaryJard

JERAWAT BERNANAH KECUT

"Kulit dia memang teruk. Setiap jerawat ada nanah. " Ni antara jawapan yang orang bagi bila ditanya apa masalah kulit adik ni. Sedih dan pedih. Adik ni pun cuba lah nasib dengan   Full Set Mary Jardin . Mana tahu sesuai dan dapat hilangkan jerawat nanah dia tu kan.  Cuba tengok hasilnya lepas sebulan. Aiiii macam tak pernah ada jerawat pun. Apetah lagi nak kata pernah ada jerawat bernanah.  Jerawat bernanah kecut Parut jerawat pudar Kulit makin licin dan sihat Adik ooo adik. Pandai adik pilih skincare. Dahla yang selamat tanpa bahan kimia berbahaya, sangat berkesan pulak tu. Tahniah, dik!  Semoga Mary Jardin terus berkembang mekar memberikan kebaikan ke seluruh alam. 

UMUR 50-AN NAMPAK MACAM 30-AN

Cuba teka berapa umur wanita cantik dalam gambar di bawah? Hihihi.  30 tahun? 40 tahun? 50 tahun? Tak tak tak. Semua salah okay. Wanita dalam gambar ni dulu orang panggil makcik, sekarang boleh panggil kak dahh uii. Akak ni dulu ada guna produk muka yg ada bahan kimia berbahaya yang dah disahkan oleh KKM tak selamat. Tapi akak ni dah berhenti dah guna produk tu. Berhijrah 180 darjah guna Basic Set Mary Jardin pulak. Produk muka dari bahan semulajadi yang dijamin selamat. Akak ni rajin pakai Detox Clay Mask Mary Jardin. Setiap 3-4 hari sekali dan dia bancuh dengan yogurt. Nah hasilnya selepas sebulan menggunakan Basic Set Mary Jardin. Jeragat hilang Kulit licin dan mulus Kulit makin berseri dan tidak kusam Oh ya akak ni umur dia 54 TAHUN yer. Terpaksa panggil akak sebab nampak muda sangat. WOWOWOWW kannnnn.

PARUT CAMPAK HILANG

"Alhamdullilah, ni testimoni anak saya. Kena chicken pox. Saya sapu Face Oil Mary Jardin sekali sehari selama 6 hari." Tengok gambar selepas, parut campak hilang terus. Face Oil Mary Jardin ni digelar sebagai The Magic Potion. Bukan mak je, seisi keluarga pun boleh guna.

JERAGAT BERKURANG, LIANG PORI MENGECUT

Pengguna Mary Jardin ni bermula dengan Basic Set Mary Jardin pada awalnya. Alhamdulillah kondisi kulit semakin sihat. 5 bulan kemudian, beliau mencuba Collagen Serum Mary Jardin pula untuk rawat jeragat. Alhamdulillah, tak sampai sebulan, liang pori makin mengecil dan jeragat berkurang.

LIANG PORI MENGUNCUP MALU

Masalah kulit: Liang pori besar Kulit kasar dan sedikit kering Selalu jadi merah-merah Whitehead banyak Selepas menggunakan Basic Set Mary Jardin : Liang pori menguncup malu Whitehead mengundur diri Kulit makin halus dan licin Kulit serik nak naik merah-merah lagi

"KITA TAKNAK CANTIK SEKEJAP, KITA NAK KULIT CANTIK DAN SIHAT SAMPAI BILA-BILA"

Jom baca pengalaman seorang pengguna tegar Mary Jardin, Saf. "Saf nak cerita pasal gambar ni. SEBELUM! -Hitam-hitam tu sebab jerawat ada kat dalam. Pergi facial pun tak boleh keluarkan. Tapi Saf tak pergi la facial yang guna laser bagai tu. Takut la. Berbulan masalah jerawat ni tak selesai walaupun saf guna produk brand luar yang lagi mahal dari Mary Jardin ni. -pori besar -kulit kering menggelupas -kulit kusam -muka gatal2 -banyak whitehead sekitar hidung SELEPAS! Jerawat dalam semua dah kecut Parut makin pudar Pori mengecil dan tertutup Kulit lembap Kulit lebih segar dan cerah Whitehead kat hidung dah sangat-sangat kurang Saf ambil masa sebulan. Tak janjikan kawan-kawan akan dapat kesan yang cepat bila gunakan produk daripada bahan natural. Nak pakai hari ni, esok terus ok? Kena pakai skincare yang ada merkuri dan hidrokuinon bagai tu la. Fuuhh. Jangan cari pasal. Kita tak nak cantik sekejap. Kita nak kulit cantik dan sihat sampai bila-bila. Sia

DAH CONFIDENT KELUAR RUMAH TANPA MAKE UP

"Asalnya kulit saya jenis yang sensitif dan kering seperti yang jelas dalam gambar, lepas 2 hari guna Facial Soap Mary Jardin dengan Face Oil  MaryJardin ,  Alhamdulillah nampak perubahan. 1. Kulit pun dah tak kering sangat dan tak mengelupas 2.Pori wajah pun dah mengecil Setakat ni Alhamdulillah saya puas hati sangat dengan Mary Jardin. Tinggal parut-parut je dlm pros es pemulihan. It takes time okay, kita kan guna natural organic product. Alhamdulillah dah confident keluar rumah tanpa make up."

TOP #1 MJ SUPERSTARS

Alhamdulillah. Mahfuz bermula dengan  Mary Jardin  8 bulan yang lepas. Bidang perniagaan bukanlah bidang yang Mahfuz pelajari dulu. Mahfuz belajar dalam bidang perubatan selama 6 tahun dan masuk tahun ni genap 5 tahun Mahfuz bekerja sebagai pegawai perubatan. Mak dan ayah penjual nasi lemak dulu-dulu. Jadi masa kecil pernah la jual nasi lemak di gerai dan kadang-kadang pada kawan di sekolah. Tapi itu bukanlah secara online. Masa tu laptop pun takdak lagi. Mary Jardin adalah perniagaan online pertama yang Mahfuz jalankan. Sebelum ni tak pernah berniaga apa pun secara online. Jadi memang terasa sangat asing dalam dunia ni. Bayangkan ILMU PUN ZERO, PENGALAMAN PUN ZERO. Tiba-tiba terjun dalam dunia perniagaan online. Memang terkontang-kanting lah. Tapi syukur ada mentor-mentor yang beri tunjuk ajar dan suluhkan jalan. Dari seseorang yang tidak tahu selok belok berniaga secara online sehingga menjadi TOP #1 MJ SUPERSTARS, ucapan  tahniah  sepatutnya dib

"KULIT SAYA SEBELUM NI JENIS OILY, ACNE PRONE AND SUPER DUPER SENSITIVE.."

"Alhamdulillah setelah diperkenalkan dengan Mary Jardin oleh sepupu saya , saya buat keputusan untuk mencuba.  Kulit saya sebelum ni jenis oily, acne prone and super duper sensitive. Banyak sangat produk saya allergic, dari yang murah hingga la yang beratus-ratus ringgit." "Perubahan kulit saya setelah habis 1 botol Face Oil Mary Jardin dan 1 Facial Soap Mary Jardin : ✔️ kulit sudah tidak berminyak ✔️ jerawat kurang walaupon masih naik, tapi kalau naik pon cepat kecut liang  ✔️ pori semakin less visible!!! ✔️ texture kulit semakin lembut ✔️ face oil sangat best sebagai base sebelum makeup ✔️ my skin looks brighter ."

JERAGAT PUDAR DALAM SEBULAN

Pengguna Mary Jardin ni amat berpuas hati dengan hasil selepas rajin dan sabar menggunakan Basic Set Mary Jardin selama sebulan. Jeragat yang dah bertahun bertapak kat muka pudar dengan ketara . Beliau ni memang rajin pakai Detox Clay Mask Mary Jardin dan dia bancuh dengan susu. Face Oil Mary Jardin 2 kali sehari dan Facial Soap Mary Jardin juga digunakan mengikut aturan yang betul. Oh ya gambar yang sebelum tu gambar mekap tau. Pakai mekap pun masih nampak jeragatnya. Yang gambar selepas tu tanpa mekap. Haa dahsyat penangan Basic Set Mary Jardin ni memudarkan jeragat degil.

BERKAT KESABARAN

"Dulu-dulu masa zaman remaja, saudara mara mengusik 'Eee banyak jerawat ni mesti sebab ramai pakwe.Gelenyarr'.  Bila dah besar sikit, ada cakap sebab tak bersihkan muka, pengotor, tak jaga makan." "Bila guna produk natural ni kena banyak sabar. Jangan mudah nak hilang semangat, rasa nak baling pinggan mangkuk bila kesan dia lambat. Biar lambat, asal muka smart. Hehe." Begitulah luahan hati pengguna tegar Mary Jardin ni. Tapi alhamdulillah, berkat kesabaran beliau, impian nak dapatkan kulit idaman dah tercapai. Dan yang lebih penting dengan cara yang selamat. Tengok perubahan yang sangat ketara selepas 6 bulan pengunaan Set Mary Jardin. Jerawat hilang Parut jerawat pudar Kulit makin berseri dan tak kusam

PEMBONGKARAN 'TIPAH TERTIPU' DALAM MENCUCI MUKA

Siapa rasa dengan cuci muka tiga kali sehari dah cukup bersih dan okay? Mahfuz nak bongkar satu rahsia harini. Lewat malam pulak nak bongkar rahsia pun hehe. Terlebih khusyuk pulak edit tool pemasaran tadi. Okay. Mahfuz pun baru tahu rahsia ni beberapa bulan lepas. Selepas mula menggunakan Microfiber Towel  Mary Jardin . Jom kita flashback sama-sama. Di suatu malam yang tenang, setelah mencuci muka menggunakan sabun dengan begitu teliti sekali, Mahfuz pun lap lah muka dengan microfiber towel. Kebetulan microfiber towel Mahfuz berwarna putih, jadi nampak ada kotoran warna coklat melekat kat towel tu. Waduh, pelik rasa. Baru cuci muka je okay. Dan Mahfuz bukanlah orang yang pakai mekap. Setakat bedak dan kadang-kadang foundation. Bila guna tuala biasa takde pula kesan yang sama. Nampak tak keajaiban microfiber towel. Dia punya cas-cas tu berjaya menarik keluar kotoran dari kulit Mahfuz. Dan kotoran itu adalah bedak yang dipakai pagi tadi. Kusang

CARA CUCI MUKA GUNA MINYAK

Bismillah. Okay malam ni Mahfuz nak bongkarkan rahsia orang minyak.  Hahaha taklah. Nak bongkarkan rahsia orang Korea cuci muka guna minyak. Sebenarnya bukan orang Korea je, omputih pun guna teknik ni. Kita panggil Oil Cleansing Method.  OCM.  Orang Malaysia pun makin ramai guna teknik ni sejak kemunculan Face Oil   MaryJardin . Hehehe. Satu peringatan. Jangan guna sembarangan minyak tau. Sebab nak komposisikan minyak-minyak ni perlukan ilmu tentang minyak. Castor oil agen pengangkut kotoran terbaik tapi ia mengeringkan kulit jadi tak boleh guna dia sorang. Perlu campur dengan ahli lain yang melembapkan kulit. Haaa gitu. Nak mudah, guna ja face oil MJ sebab Dr Maryam dah gabungkan 9 jenis minyak dengan komposisi yang cukup cantik untuk bagi kesan terbaik pada kulit. Okay jom mula. LANGKAH 1 Pastikan muka kering sebelum memulakan OCM. LANGKAH 2 Tuang 4-5 titis face oil Mary Jardin ke tapak tangan. Pastikan tapak tangan korang dah bersih ta

LIANG PORI MENGECUT

"Macam tak percaya je masalah liang pori besar selama ni hanya tinggal kenangan . Penggunaan Face Oil Mary Jardin hampir setiap hari  dan Detox Clay Mask Mary Jardin seminggu sekali. Liang pori mengecut, m uka kurang berminyak, tambah glowing dan lembut ."